Membudayakan PENYELIDIKAN

Tidak boleh dinafikan dalam era teknologi hari ini aktiviti penyelidikan adalah amat penting.  Apa juga yang kita lakukan,  untuk menentukan kejayaannya,  perlulah kita laksanakan penyelidikan.  Perlulah kita ketahui segala-galanya mengenai aktiviti yang hendak kita ceburi itu.

Tidak salah kalau dikatakan,  bahawa kebanyakan dari tindakan kita hari ini dipengaruhi oleh emosi kita sendiri.  Kurang kita lakukan sebarang kajian mengenainya.  Kepada kita,  asalkan tindakan kita ambil,  sudah mencukupi,  dan kalau tindakan itu salah,  maka akan kita kata  ‘kita betulkan kemudian’.

Dari segi pelaksanaan tindakan itu,  sikap ini mungkin ada baiknya.  Mungkin ada yang mengatakan bahawa jika tindakan tidak diambil,  maka apa juga idea yang hendak kita tonjolkan akan tinggal sebagai idea sahaja.  Tidak lain dari itu.  Maka kepada kebanyakan dari kita,  kita perlu mengambil tindakan serta merta.

Ada juga yang akan menambah kata ‘Kita mesti berani mengambil tindakan’. Inilah realiti kehidupan hari ini.  Tindakan mesti diambil.  Kalau tidak,  akan ketinggalanlah kita jauh di belakang.

Akan tetapi,  dari segi rasionalnya pula,  kalau semata-mata hendak bertindak sahaja,  mungkin buruk padahnya.  Mungkin juga hasil dari tindakan itu akan bertentangan dengan apa yang diharapkan penghasilannya. Maka di sinilah perlunya kita berfikir,  dan melakukan sedikit renungan atau kajian atau penyelidikan,  supaya tindakan yang bakal kita ambil itu tidak akan menghasilkan keadaan yang merugikan.

Dalam erti kata yang lain,  kita perlu faham apakah penyelidikan itu,  dan apakah manfaatnya kepada kehidupan kita dan apakah peranannya dalam kehidupan kita dengan berlandaskan ajaran agama suci kita Islam.

Saya petik di sini satu paparan dari lamanweb INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) hasil tulisan AZRINA BINTI SOBIAN untuk kita renung bersama:

Membudayakan Penyelidikan, Memartabatkan Umat  –  Ditulis oleh Azrina Binti Sobian

Secara umumnya, budaya penyelidikan merangkumi usaha-usaha pencarian dan penerokaan ilmu serta penghasilan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat. Ia juga merupakan satu usaha untuk memahami masalah dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.  Secara idealnya, penghasilan sesuatu untuk manfaat masyarakat serta penyelesaian masalah itu seharusnya baik untuk masa ini dan juga masa hadapan.

Dalam pandangan hidup Islam pula, satu-satunya matlamat budaya penyelidikan itu ialah untuk mendapat keredaan-Nya. Dalam usaha ini, seorang penyelidik pastinya menjaga atau berhemah dalam segala urusan penyelidikannya sama ada dalam urusannya dengan alam atau sesama manusia. Ini kerana, kehemahan inilah yang akan membantu si penyelidik mencapai keredaan yang disebut tadi.

Matlamat penyelidikan yang disebutkan ini sangat berbeza dengan matlamat penyelidikan yang dibawa Barat. Kaca mata Barat melihat kegiatan penyelidikan sebagai satu jalan untuk membantu menyelesaikan masalah manusia. Bila manusia puas, maka matlamat penyelidikan itu telah dicapai. Oleh itu, motivasi utama penyelidikan mereka ialah memuaskan hati manusia semata-mata.

Dengan matlamat penyelidikan yang sebegini, budaya penyelidikan Barat berjaya dibangunkan. Malah, pembangunan kegiatan penyelidikan mereka sangat pesat. Kejayaan ini pula telah berjaya mempengaruhi kegiatan atau budaya penyelidikan di dunia lain, misalnya di dunia Islam. Negara-negara Islam sendiri menerimapakai asas penyelidikan yang dibawa Barat.

Pun begitu, kita mulai sedar. Malah, sebahagian besar dunia Barat juga turut sedar bahawa matlamat yang silap itu akhirnya membawa kepada masalah yang lebih besar. Oleh itu, mereka kembali memasukkan unsur nilai dalam budaya penyelidikan mereka. Namun, nilai apa yang dibawa dalam budaya penyelidikan Barat itu terus mendapat kritikan kerana nilai yang mereka pakai, jelas belum mampu membawa perubahan dalam kegiatan penyelidikan mereka.

Sila klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya.

Berita penyelidikan di akhbar online

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Charon dilantik pengarah urusan Institut Penyelidikan Khazanah

KUALA LUMPUR: Datuk Charon Mokhzani dilantik sebagai pengarah urusan Institut Penyelidikan Khazanah (KRiS) yang baru ditubuhkan, berkuat kuasa hari ini.

KRiS adalah berasingan daripada Bahagian Penyelidikan Khazanah sedia ada, yang beroperasi sejak 2004.

Institut penyelidikan itu akan menangani isu kebangsaan lebih luas yang berkaitan dengan Khazanah.   BERITA HARIAN ONLINE

Seri Paduka rasmi pusat penyelidikan UKM

Langkawi  2013/08/12: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Pantai Kok, semalam.

Sempena perasmian pusat bernilai RM11 juta itu, Tuanku Abdul Halim turut mengumumkan nama baru kampus UKM Langkawi, yang menempatkan PPL, sebagai Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda kemudian meluangkan masa melawat galeri PPL yang menempatkan pelbagai bahan pameran berkaitan taman Geo.     BERITA HARIAN ONLINE

Telling Tales About Men

In an attempt to identify the worldview of the Batek tribe, a team of researchers from the Academy of Language Studies embarked on a comprehensive study to document the characteristics and elements found in Batek folklore. The Batek tribe, a microcosm of the Orang Asli community, have been much sidelined in major researches, thus providing much incentive for such research to be undertaken before the Batek tribe and its culture succumb to delibitating change.

Exploring the relationship between superstitions, the supernatural world  and culture, the team, comprising of Noreha Taib, Wan Latifah Wan Ariffin, Mohd Radzi Manap, Aini Akmar Kasim, Ismie Roha Jais, Azhar Abdul Wahab and Mohd Sofian Abdul Latif,  draw on oral literature, in particular the eighteen stories recounted by Tok Batin Mahad, the head of the Batek tribe  in Taman Negara, Pahang, to produce this socio-cultural study.

The study provides an intriguing insight into the diverse elements found in Batek folklore. Twenty three elements including folk botany, traditional narratives, supernatural beings, sorcery and witchcraft, the physical world, the earth, the material world, animal folklore, fire, hypnotism and animal magnetism, the human body, life and death, folk medicine, traditional customs and ceremonies as well as folk sayings form the core of the stories.  Official Portal of  UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 

Pencapaian MARDI International Trade Fair (IENA) di Nuremberg, Jerman

KUALA LUMPUR, Rabu 6 Nov – MARDI terus melakar kejayaan apabila sekali lagi
dianugerahkan dua pingat emas dan satu gangsa dalam penciptaan terbaharunya di
International Trade Fair (IENA) di Nuremberg, Jerman dari 31 Okt hingga 4 Nov lepas.

Menurut MARDI, tiga ciptaan itu ialah Minuman Tinggi Floretin-G (Antioksidan) dari
hasil sampingan limau kasturi, dan MYG-Mung Bean (produk makanan berfungus
generasi baru) yang mendapat pingat emas, dan Sistem Pemeriksa Informasi Halal dan
Pesanan mendapat pingat gangsa.

Ketiga-tiga penyelidik yang terlibat bagi penciptaan itu ialah Dr Suri Roowi, Dr Kamariah
Long dan Dr Teoh Chin Chuang. Dr Suri menemui komponen berkhasiat dalam limau
kasturi iaitu Florentin-G yang mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi dan hampir
menyamai bahan antioksidan dalam teh hijau.   PORTAL RASMI MARDI

Mengenai Penyelidikan

Artikel berikut dipaparkan  semata-mata untuk menarik perhatian saudara yang terlibat mengenai perkara penyelidikan.

Artikel ini dihasilkan oleh   Dr. Abdullah Haji Abdul Ghani, Pensyarah Pengurusan, Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.

PENYELIDIKAN MERUPAKAN SATU SENI UNTUK MENYINGKAP
PENGETAHUAN BARU

Penyelidikan bukanlah sesuatu yang asing bagi luta. Dalam kehidupan seharian,
kadang kala peralatan yang kita gunakan mengalami masalah atau ada sesuatu yang tidak
kena. Kita akan mencari punca masalah tersebut. Apabila punca masalah dapat dikenal
pasti, lata akan mencari jalan untuk mengatasinya. Masalah sedemikian munglun kita
anggap kecil dan mudah untuk diselesaikan.

Bagaimana kalau produktiviti organisasi kita tiba-tiba merosot. Keadaan ini munglun memerlukan penelitian yang lebih rapi untuk mencari punca masalahnya. Munglun disebabkan peralatan yang sedang digunakan tidak  behgsi seperti yang sepatutnya. Munglun juga disebabkan oleh kelalaian para pekerja
dan sebagainya. Bagaimana pula jika sekiranya pekerja kita tidak ghairah untuk  melaksanakan tugas mereka. Apakah yang menyebabkan keadaan itu berlaku? Ini  memerlukan satu penelitian yang lebih mendalam dan kompleks berbanding masalah  yang telah dinyatakan sebelum ini. Bagaimana pula kalau luta ingm mengetahui kenapa  sumbang mahram semakin kerap berlaku di kalangan orang dewasa di tempat kita, atau lebih luas daripada itu di daerah luta, di bandar-bandar besar, di negara luar dan
sebagainya.

Ini semua memerlukan satu penelitian yang rapi, mendalam dan  menggunakan peralatan tertentu bagi memahami fenomena-fenomena tersebut. Menurut  Sakaran (2000), penyelidikan dikatakan sebagai satu proses untuk mencari penyelesaian  kepada sesuatu masalah setelah membuat satu analisis dan penelitian yang mendalam  terhadap faktor-faktor yang berkaitan.

Klik di sini untuk membaca sepenuhnya.

Apa pula kata YVONNE MCGIVERN

“Decisions based on robust and credible research evidence should lead to better quality  decision making,  better use of resources,  better products and services,  better policies and better relationships with customers  and  other stakeholders,  increased customer and stakeholder satisfaction  and  ultimately greater longevity for the organization than if research were not conducted.  Thus research influences what is provided and the way in which it is provided.  It connects people with organizations whose products or services they use,  or whose policies affect their lives, and so gives them a voice,  a role,  degree of influence.”

Yvonne McGivern ialah penulis buku bertajuk  “THE PRACTICE OF MARKET AND SOCIAL RESEARCH.  AN INTRODUCTION.”

Apa kata IRFAN KHAIRI

Langkah pertama dalam perniagaan adalah  mesti-mesti dan mesti jalankan penyelidikan! (market research)

Apabila memulakan apa jua jenis perniagaan ataupun mencipta produk atau perkhidmatan untuk dijual, langkah pertama saya adalah menjalankan penyelidikan. Soalan yang paling penting saya perlu pastikan mendapat jawapan adalah…

“Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?”

Seringkali saya melihat seseorang memulakan perniagaan tanpa menyelidik pasaran terlebih dahulu. Terus dapatkan apa sahaja produk yang dijumpa, kemudian, terus cuba menjualnya pada satu harga yang ditetapkan sama ada melalui Internet atau bukan Internet. Cara ini adalah SALAH dan saya tidak syorkan.

Dan kesilapan yang paling ketara adalah, tidak menjalankan penyelidikan oleh kerana “menganggap” atau “assume” pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan yang didirikan!

Penyelidikan pasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Saya sering mengambil masa berbulan-bulan untuk penyelidikan perniagaan sebelum memulakan apa sahaja perniagaan.

Kisah Penyelidikan di akhbar online – 29 Okt

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

Ekspo Pertanian UPM kembali

BAGI pencinta tumbuh-tumbuhan, buah-buahan mahupun inovasi pertanian, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan pada 25 hingga 30 Oktober ini.

Program yang akan diadakan di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyediakan 150 gerai dan mengangkat tema ‘Pertanian Bandaran Memupuk Kesejahteraan Rakyat’ itu bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.   UTUSAN ONLINE   

MARDI Peruntuk RM15 Juta Tingkat Pendapatan Miskin Tegar

PASIR PUTEH 1 Okt. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membelanjakan peruntukan berjumlah RM15 juta di bawah projek Azam Tani bagi membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan tegar.

Timbalan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, seramai 1,500 peserta terutama petani di seluruh negara dipilih menyertai program itu.  MARDI

Mengenal Manfaat Madu

Sejak 5.000 tahun lalu, kandungan nutrisi dalam madu diyakini dapat meningkatkan kesehatan.
Madu adalah zat alami yang dihasilkan oleh lebah dari sari bunga. Penelitian modern telah menunjukkan bahwa madu memiliki zat antiflamasi dan mengandung nutrisi yang lengkap.
Madu juga berfungsi sebagai sumber antioksidan, berperan sebagai antimikroba, sumber energi, dan meningkatkan daya tahan tubuh.
“Perlu diingat bahwa madu itu bukan obat, melainkan makanan kesehatan sehari-hari. Bisa dikonsumsi oleh siapa pun, bahkan bayi usia tiga bulan. Yang paling penting diketahui adalah apakah madu itu natural atau tidak,” kata Kepala Jaringan Medis HDI Indonesia, dr Ivan Hoesada, Jumat (30/8).   SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

KAJIAN DAN PENYELIDIKAN DIPERLUKAN

Kajian dan penyelidikan,  dua perkataan yang mungkin tidak mempunyai apa-apa impak kepada kita.  Mungkin kita menganggap bahawa dua perkara ini hanya sesuai kepada para ahli saintis dan para akademia.

Tetapi dalam kehidupan kita di dunia yang serba moden hari ini,  kita tidak boleh lari darinya.  Kita harus sedar bahawa ianya berhubung rapat dengan masa depan kehidupan kita.  Ia memain peranan penting dalam menentukan garis panduan hidup kita,  terutama sekali dalam bidang-bidang atau aktiviti-aktiviti menyediakan strategi dan hala tuju yang lebih mantap.

Rata-rata kita di negara ini memikiirkan bahawa kajian dan penyelidikan tidak relevan dengan kehidupan kita,  atau tidak begitu diberi keutama dalam kita merancangkan sesuatu program.

Pada besarnya,  kajian dan penyelidikan hari ini amat diperlukan terutama dalam kita menentukan kejayaan.  Melalui dua aktiviti ini banyak yang boleh kita lakukan.  Terutama sekali dengan kajian dan penyelidikan,  akan dapat kita ketahui masalah yang mungkin timbul,  dan bagaimana pula masalah ini dapat kita atasi atau dihapuskan.

Dengan lain-lain perkataan,  masanya telah tiba untuk kita merapatkan diri kepada kajian dan penyelidikan,  terutama sekali jika kita terlibat dalam bidang-bidang perniagaan,  perdagangan,  pengurusan,  kewangan dan banyak lagi.

Kajian dan penyelidikan seharusnya menjadi darah daging kiita dalam menghadapi masa mendatang yang lebih mencabar.